Teknik DiKeMaSeN
- Bagi menghasilkan karangan yang mantap, pelajar perlu berupaya untuk mengemuka dan mengembangkan isi karangan yang bernas.
- Pelajar mampu memberikan isi-isi yang mantap dengan menggunakan teknik DiKeMaSeN.
- Teknik DiKeMaSeN merujuk kepada diri (Di), keluarga (Ke), masyarakat (Ma), sekolah (Se), dan negara/kerajaan (N).
- Teknik ini boleh digunakan untuk soalan karangan fakta yang memerlukan pelajar mengemukakan isi berbentuk punca, kesan dan langkah.
Cara menggunakan teknik DiKeMaSeN:
- Pelajar harus memahami soalan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kehendak soalan tersebut sama ada meminta pelajar mengemukakan punca, kesan ataupun langkah mengatasi masalah.
- Berdasarkan contoh soalan "Menangani insiden buli di sekolah: tanggungjawab siapa?", pelajar perlu mengemukakan langkah-langkah mengatasi gejala buli di sekolah.
- Dengan berpandukan teknik DiKeMaSeN, pelajar boleh menghasilkan lima langkah mengatasi gejala buli yang boleh dilakukan oleh lima pihak yang berbeza, iaitu diri sendiri, keluarga, masyarakat, sekolah dan negara/kerajaan.
Contoh menghasilkan isi karangan menggunakan teknik DiKeMaSeN:
Teknik | Pihak yang Memainkan Peranan | Contoh Isi |
Di | Diri | Pelajar haruslah bijak memilih rakan sebaya. |
Ke | Keluarga | Ibu bapa memantau pergerakan anak-anak di sekolah. |
Ma | Masyarakat | Masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah. |
Se | Sekolah | Pihak sekolah mengawal tingkah laku pelajar semasa mereka berada di sekolah. |
N | Negara/Kerajaan | Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. |