Karangan fakta mesti mengandungi tiga bahagian, iaitu pendahuluan, isi dan kesimpulan. Ketiadaan salah satu daripada bahagian-bahagian ini akan menyebabkan karangan fakta tidak lengkap. Pelajar harus berupaya mengemukakan idea yang bernas dalam penulisan karangan fakta supaya karangan yang dihasilkan bermutu. Dari aspek bahasa, pelajar harus mengurangkan kesalahan sebanyak mungkin. Kesalahan bahasa boleh menjejaskan pemarkahan karangan pelajar. Dalam pengolahan karangan pula, pelajar boleh menggunakan bentuk perenggan deduktif, induktif atau deduktif kompleks. Kepelbagaian gaya penulisan perenggan menampakkan kreativiti pelajar dalam mengarang. Saya berharap laman sesawang yang dibangunkan untuk pengajaran bahasa Melayu ini dapat membantu pelajar, khususnya pelajar tingkatan empat untuk menghasilkan karangan fakta yang mantap dan cemerlang.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING