Pengolahan karangan ialah cara pelajar mempersembahkan idea atau isi karangan. Setiap pelajar perlu mahir dalam mengolah karangan. Idea-idea bernas yang dikemukakan sebelum menulis karangan tidak akan dapat disampaikan dengan baik jika pelajar gagal mengolah karangan. Pengolahan karangan yang baik menunjukkan bahawa pelajar menguasai topik atau tema karangan yang dihasilkan. Untuk mengolah karangan dengan lancar, pelajar memerlukan perancangan yang tersusun. Perancangan yang dibuat mampu mengelakkan pelajar daripada menulis karangan secara spontan sehingga menyebabkan persembahan idea melompat-lompat atau berulang-ulang. Dengan itu, kesinambungan idea dalam setiap perenggan dapat ditunjukkan. Pengolahan karangan dapat dilihat daripada tiga bahagian, iaitu pengolahan perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
(a) Pengolahan Perenggan Pendahuluan
ISU SEMASA + PEMAHAMAN SENDIRI TENTANG ISU + KESAN ISU + APA YANG INGIN DICAPAI + PENEKANAN KEHENDAK SOALAN
Semua negara, baik negara maju seperti Amerika Syarikat mahupun negara sedang membangun seperti Malaysia tidak pernah terlepas daripada penyakit buli. Buli ialah perbuatan mendera seseorang sama ada secara fizikal ataupun mental. Kebiasaannya, pembuli merupakan seorang yang berpengaruh dan digeruni, manakala mangsa buli pula merupakan seorang yang lemah dan mudah dipermainkan. Hampir setiap hari kita digemparkan dengan berita-berita yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan dengan kes-kes buli yang melibatkan ahli masyarakat. Penglibatan pelajar sekolah sama ada sebagai pembuli ataupun mangsa buli haruslah dicegah. Sehubungan dengan itu, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka untuk membendung fenomena ini daripada terus menjadi lebih parah.
ISU SEMASA | Semua negara, baik negara maju seperti Amerika Syarikat mahupun negara sedang membangun seperti Malaysia tidak pernah terlepas daripada penyakit buli. |
PEMAHAMAN SENDIRI TENTANG ISU | Buli ialah perbuatan mendera seseorang sama ada secara fizikal ataupun mental. Kebiasaannya, pembuli merupakan seorang yang berpengaruh dan digeruni, manakala mangsa buli pula merupakan seorang yang lemah dan mudah dipermainkan. |
KESAN ISU | Hampir setiap hari kita digemparkan dengan berita-berita yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan dengan kes-kes buli yang melibatkan ahli masyarakat. |
APA YANG INGIN DICAPAI | Penglibatan pelajar sekolah sama ada sebagai pembuli ataupun mangsa buli haruslah dicegah. |
PENEKANAN KEHENDAK SOALAN | Sehubungan dengan itu, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka untuk membendung fenomena ini daripada terus menjadi lebih parah. |
(b) Pengolahan Perenggan Isi
AYAT TOPIK + HURAIAN 1 + HURAIAN 2 + CONTOH 1 + CONTOH 2
Setiap pelajar harus bijak memilih rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam gejala buli. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan yang berakhlak baik akan mendorong pelajar untuk bersikap baik dan begitulah sebaliknya. Pelajar terjebak dalam aktiviti membuli kerana beranggapan bahawa berkawan dengan pembuli akan menjadikan mereka terkenal dan kelihatan hebat di sekolah. Bagi pelajar lelaki, menjadi terkenal dan kelihatan hebat dalam kalangan pelajar walaupun dengan cara yang salah membantu mereka untuk memikat pelajar perempuan dan begitu juga pelajar perempuan. Selain itu, perasaan ingin diterima dalam sesuatu kumpulan juga menyebabkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja yang menjadi rutin kumpulan terbabit termasuklah membuli.
AYAT TOPIK | Setiap pelajar harus bijak memilih rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam gejala buli. |
HURAIAN 1 | Hal ini dikatakan demikian kerana rakan yang berakhlak baik akan mendorong pelajar untuk bersikap baik dan begitulah sebaliknya. |
HURAIAN 2 | Pelajar terjebak dalam aktiviti membuli kerana beranggapan bahawa berkawan dengan pembuli akan menjadikan mereka terkenal dan kelihatan hebat di sekolah. |
CONTOH 1 | Bagi pelajar lelaki, menjadi terkenal dan kelihatan hebat dalam kalangan pelajar walaupun dengan cara yang salah membantu mereka untuk memikat pelajar perempuan dan begitu juga pelajar perempuan. |
CONTOH 2 | Selain itu, perasaan ingin diterima dalam sesuatu kumpulan juga menyebabkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja yang menjadi rutin kumpulan terbabit termasuklah membuli. |
ii. Perenggan Induktif
CONTOH 1 + CONTOH 2 + HURAIAN 1 + HURAIAN 2 + AYAT TOPIK
Bagi pelajar lelaki, menjadi terkenal dan kelihatan hebat dalam kalangan pelajar walaupun dengan cara yang salah membantu mereka untuk memikat pelajar perempuan. Selain itu, perasaan ingin diterima dalam sesuatu kumpulan juga menyebabkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja yang menjadi rutin kumpulan terbabit termasuklah membuli. Pelajar terjebak dalam aktiviti membuli kerana beranggapan bahawa berkawan dengan pembuli akan menjadikan mereka terkenal dan kelihatan hebat di sekolah. Sebaliknya, rakan yang berakhlak baik akan mendorong pelajar untuk bersikap baik. Oleh sebab itu, setiap pelajar harus bijak memilih rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam gejala buli.
CONTOH 1 | Bagi pelajar lelaki, menjadi terkenal dan kelihatan hebat dalam kalangan pelajar walaupun dengan cara yang salah membantu mereka untuk memikat pelajar perempuan. |
CONTOH 2 | Selain itu, perasaan ingin diterima dalam sesuatu kumpulan juga menyebabkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja yang menjadi rutin kumpulan terbabit termasuklah membuli. |
HURAIAN 1 | Pelajar terjebak dalam aktiviti membuli kerana beranggapan bahawa berkawan dengan pembuli akan menjadikan mereka terkenal dan kelihatan hebat di sekolah. |
HURAIAN 2 | Sebaliknya, rakan yang berakhlak baik akan mendorong pelajar untuk bersikap baik. |
AYAT TOPIK | Oleh sebab itu, setiap pelajar harus bijak memilih rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam gejala buli. |
iii. Perenggan Deduktif Kompleks
AYAT TOPIK + HURAIAN + HURAIAN + CONTOH + AYAT TOPIK
Setiap pelajar harus bijak memilih rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam gejala buli. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan yang berakhlak baik akan mendorong pelajar untuk bersikap baik dan begitulah sebaliknya. Pelajar terjebak dalam aktiviti membuli kerana beranggapan bahawa berkawan dengan pembuli akan menjadikan mereka terkenal dan kelihatan hebat di sekolah. Bagi pelajar lelaki, menjadi terkenal dan kelihatan hebat dalam kalangan pelajar walaupun dengan cara yang salah membantu mereka untuk memikat pelajar perempuan dan begitu juga pelajar perempuan. Tegasnya, kebijaksanaan dalam memilih rakan sebaya mampu mengelakkan insiden buli berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.
AYAT TOPIK | Setiap pelajar harus bijak memilih rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam gejala buli. |
HURAIAN | Hal ini dikatakan demikian kerana rakan yang berakhlak baik akan mendorong pelajar untuk bersikap baik dan begitulah sebaliknya. |
HURAIAN | Pelajar terjebak dalam aktiviti membuli kerana beranggapan bahawa berkawan dengan pembuli akan menjadikan mereka terkenal dan kelihatan hebat di sekolah. |
CONTOH | Bagi pelajar lelaki, menjadi terkenal dan kelihatan hebat dalam kalangan pelajar walaupun dengan cara yang salah membantu mereka untuk memikat pelajar perempuan dan begitu juga pelajar perempuan. |
AYAT TOPIK | Tegasnya, kebijaksanaan dalam memilih rakan sebaya mampu mengelakkan insiden buli berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. |
(c) Pengolahan Perenggan Kesimpulan
UNGKAPAN MENARIK + AYAT POSITIF + KEHENDAK SOALAN + AYAT CADANGAN + AYAT HARAPAN
Kesimpulannya, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Walaupun langkah-langkah yang diambil kelihatan tidak mampu mencegah insiden buli di sekolah sepenuhnya, namun setidaknya langkah-langkah tersebut mampu memberikan sedikit impak positif dalam usaha murni tersebut. Kerjasama semua pihak merupakan kata kunci kepada penyelesaian masalah ini di sekolah. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam usaha membendung insiden buli di sekolah supaya kita dapat mewujudkan suasana sekolah yang aman dan selamat untuk para pelajar.
UNGKAPAN MENARIK | Kesimpulannya, setiap penyakit pasti ada penawarnya. |
AYAT POSITIF | Walaupun langkah-langkah yang diambil kelihatan tidak mampu mencegah insiden buli di sekolah sepenuhnya, namun setidaknya langkah-langkah tersebut mampu memberikan sedikit impak positif dalam usaha murni tersebut. |
KEHENDAK SOALAN | Kerjasama semua pihak merupakan kata kunci kepada penyelesaian masalah ini di sekolah. |
AYAT CADANGAN | Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam usaha membendung insiden buli di sekolah. |
AYAT HARAPAN | Kita dapat mewujudkan suasana sekolah yang aman dan selamat untuk para pelajar. |